About Me

My name is Nazifa. I don't have any formal education in art(my education background are Investment Analysis and Islamic Banking). But I have a dream to do something with papers and colours since I was a kid. Drawing, painting is not just a hobby. They are my good friends and travel with me during my life's journey. I don't want to be an artist. I just want to be part of the arts. "Develop a passion for learning. If you do, you will never cease to grow." ~ Anthony J. D'Angelo

Thursday 20 November 2014

Satu Lagi Blog!

Saya dah ada beberapa blog. Satu untuk meluahkan perasaan, kemudian untuk hobi melukis, dan satu lagi sebagai inspirasi semasa mula-mula berhenti kerja.

Saya tutup semua dan tinggalkan satu.

Sekarang saya ada satu lagi blog. Di sini. Tapi yang ini istimewa. Hmm..mungkin yang lain pun istimewa tapi yang ini lebih lagi, saya harap :)

Semasa usia saya hampir 30, saya sangka ia akan menjadi hari lahir yang teruk. Saya hampir tiada apa-apa. Harya bernilai saya adalah buku-buku. Lebih penting, impian saya tiada yang tercapai kerana saya kerap bertemu jalan buntu.

Siapa tahu semuanya berubah sekelip mata. Doa dan harapan, akhirnya membawa kepada keputusan nekad. Saya tinggalkan kerjaya dan cuba menggapai impian.

Penantian lebih 20 tahun, mungkin, akhirnya di dalam genggaman. Saya sendiri tak menyangka angan-angan semasa kecil menjadi kenyataan selepas bertahun-tahun di saat saya hampir berputus asa.

Sekarang saya hampir pasti menamatkan Sarjana Sejarah Seni dan Pengurusan Budaya di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka. 2 buah buku kanak-kanak sudah diterbitkan sementara 2 lagi dalam proses penambahbaikan.

Ia akan semakin baik. Segalanya akan bertambah baik :)

No comments:

Post a Comment